Senin, 18 Mei 2009

<< Perkembangan manusia dalam kandungan >>

. Senin, 18 Mei 2009


Sungguh amat agung ciptaan yang maha kuasa dapat menciptakan suatu manusia yang sangat super melalui suatu proses yang super pula yang semuanya akan mengarah pada satu hakekat yang pasti yaitu kesempurnaan.

Proses Persenyawaan dan Perkembangan Zigot
Persenyawaan adalah sesuatu proses dimana sperma dan ovum bersatu untuk membentuk satu sel yang dipanggil zigot. Zigot iaitu suatu sel yang cukup lengkap serba-serbinya. Zigot manusia mempunyai 23 pasangan kromosom yang didalamnya terkunci seluruh maklumat yang akan mengendalikan perkembangan dan sifat-sifat seseorang manusia sehingga berakhir riwayatnya. Di samping itu, di peringkat zigot inilah juga terkandungnya sepasang kromosom yang menentukan kejantinaan seseorang.
Proses persenyawaan ini biasanya berlaku disekitar kawasan saluran falopio. Persenyawaan berlaku apabila seorang wanita dilahirkan lebih kurang 40,000 ovum. Sewaktu dilahirkan ovum yang tidak matang ini terdapat pada kedua-dua ovari. Ovum ini terkandung dalam satu bungkusan. Bagi wanita yang telah matang, penghasilan folikel-folikel yang telah matang daripada ovum berlaku sekali dalam masa 28 hari. Walaubagaimanapun, jangka masa ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Ovum ini dibawa dari uterus oleh rambut-rambut halus disekitar saluran atau tiup falopio yang dipanggil cilia kedalam rahim. Persenyawaan biasanya berlaku sewaktu ovum ini melalui saluran falopio.
Sperma antara sel terkecil yang terdapat didalam badan manusia, dihasilkan oleh testis seorang lelaki matang. Terdapat berjuta-juta sperma dihasilkan dalam satu proses ejakulasi. Sperma-sperma ini akan masuk ke saluran falopio melalui servik dan akan berenang mendapatkan ovum. Persenyawaan berlaku apabila sperma berjaya menembusi ovum dan proses ini berlaku pada hari ovulasi atau lima hari sebelum ovulasi.
Air mani yang dimasukkan ke dalam faraj semasa perhubungan seks antara suami isteri mengandungi kira-kira 300 hingga 400 juta sperma. Daripada bilangan sperma yang begitu banyak, hanya 50 hingga 100 sperma berjaya sampai berdekatan dengan oosit sekunder di dalam tiub Fallopio.Anda telah mengetahui bahawa oosit sekunder di dalam tiub Fallopio berada pada peringkat metafasa II. Ini bermakna proses meiosis Il belum lengkap. Sebaik sahaja satu sperma menembusi oosit sekunder, meiosis II akan berlaku dengan sempurna dan satu ovum dihasilkan. Persenyawaan berlaku antara nukleus sperma dengan nukleus ovum untuk membentuk zigot di dalam tiub Fallopio. Perubahan berlaku pada membran ovum yang sudah disenyawakan dan membran ini menghalang kemasukan sperma yang lain.Hasil daripada persenyawaan, ovum dan sperma yang haploid bersatu membentuk zigot yang diploid. Maka, separuh daripada bilangan kromosom yang terdapat di dalam zigot berasal daripada ibu dan separuhh lagi daripada bapa. Zigot akan mengalami mitosis secara berterusan untuk membentuk embrio sambil bergerak ke uterus melalui tiub Fallopio. Embrio yang sampai ke uterus dikenal sebagai morula . Morula merupakan bebola sel yang padat. Walaupun morula terdiri daripada banyak sel tetapi saiz morula adalah sama dengan saiz zigot. Morula akan mengalami mitosis dan menjadi blastosista. Blastosista merupakan struktur berbentuk bebola yang berongga di tengahnya dan terdiri daripada kira-kira 100 sel. Rongga ini berisi cecair. Blastosista akan menempel pada endometrium. Proses ini dikenal sebagaipenempelan. Penempelan blastosista mula berlaku antara hari kelima hingga hari kelapan selepas persenyawaan. Rajah di atas menunjukkan peringkat perkembangan zigot hingga peringkat blastosista dan penempelan.Selepas itu, sel-sel pada blastosista akan mengalami pembesaan, pertumbuhan, dan perkembangan yang cepat untuk menjadi fetus. Fetus akan terus membesar di dalam uterus ibu. Jangka masa antara proses persenyawaan sehingga kelahiran bayi ialah 38 minggu.
Pertumbuhan telur
Waktu sel telur bertemu dengan sel sperma mungkin beberapa sel sperma masuk dalam korona radiate, tapi hanya satu diantaranya masuk sel telur, setelah itu terjadilah perubahan – perubahan pada sel telur hingga sel sperma lain tidak dapat masuk. Inti sel mani dan sel telur bersatu hingga kedua inti mempunyai 46 pembawa sifat (kromosom).Selanjutnya masing - masing kromosom membelah diri menjadi dua pasang. Kemudian ovum yang telah dibuahi mengalami proses segmentasi sehingga terjadi blastomer. Kemudian terjadi pembagian sel hingga telur sekarang terdiri dari 2 buah sel. Masing – masing sel membagi diri hingga menjadi 4, 8, 16, 32 sel dan seterusnya. Maka telur sekarang menyerupai buah murbei dan disebut :
 Morula
Kelompok sel tersebut bergerak ke cavum uteri perjalanan ini memakan waktu tiga hari. Dalam morula terbentuk suatu rongga yang disebut excoeloom
Letaknya tidak di tengah – tengah tapi eksentris hingga sel – sel morula terbagi dalam 2 jenis :
a. sel – sel yang terletak sebelah luar yang merupakan dinding dari telur disebut : trofoblast
Faal dari trofoblas adalah untuk mencari makanan bagi telur.
c. Sel – sel yang terdapat sebelah dalam yang merupakan kelompok sel disebut:
 Bintik benih atau nodus embrionale
Dari sel ini bayi akan dibentuk
Pada tingkat ini telur disebut :
 Blastosist
Pada tingkat blastosist telur menanamkan diri kedala endo metrium.
Masuknya sel telur kadalam endo metrium disebut
 Nidasi
Nidasi terjadi + 6 hari setelah pembuahan
Nidasi mungkin karena trofoblast mempunyai daya untuk menghancurkan sel –sel endo metrium
Hancurnya endo metrium digunakan sebagai bahan makanan oleh telur.
Tempat nidasi biasanya pada dinding depan atau diniding belakang atau di daerah fundus uter dalam bintik benih timbul pula sebuah rongga yang dinamakan ruangan amnion, rungan amnion ini kelak akan menjadi besar dan meliputi seluruh embrio dan dalam ruangan inilah embrio akan tumbuh
Sel – sel yang membatasi ruangan ini disebut ektodrem yang akan membentuk kulit, rambut, kuku, gigi dan susunan saraf.
Kira - kira pada waktu yang sama timbul rongga lain dibawah ruangan amnion ialah ruangan kuning telur yang kelak akan menjadi saluran kencing sel – sel sekitar ruangan kuning telur disebut entodrem.
Dari entodrem terbentuk usus, saluran pernafasan, kandung kencing dan hati.
Akhirnya timbul lapisan sel yang lain, yang masuk antara lapisan ektodrem dan entodrem dan juga meliputi exocoeloom, ruangan amnion dan ruangan kuning telur
Lapisan ini dinamakan mesoderm yang akan menghasilkan otot, tulang, jaringan ikat, jantung, pembuluh darah dan pembuluh limfa.
Ruangan kuning telur sekarang dibatasi oleh dua lapisan ialah :
Endodrem sebelah dalam dan mesoderm sebelah luar sedangkan exocoeloom oleh mesoderm sebelah dalam dan trofoblast sebelah dalam.
Trofoblas yang sebelah dalam telah diliputi oleh mesoderm sekarang disebut chorion :
daerah antara ruangan amnion dan ruangan kuning telur terdiri dari ketiga lapisan benih ektodrem, mesoderm dan ektodrem dan disebut :
discus embrional karena bagian inilah janin akan terbentuk.
Hubungan antara bagian yang akan menjadi janin dan dinding trofoblast hanya merupakan tangkai yang terdiri dari mesoderm dan sebelah luat tertutup oleh apitel amnion tangkai penghubung nanti akan menjadi tali pusar.
Perubahan pada endometrium
Nidasi terjadi dalam selaput lendir yang ada dalam stadium seksresi biasanya di daerah fundus uter karena pengaruh hormon – hormon yang dikeluarkan oleh trofoblast endometrium tumbuh menjadi tebal, sel – selnya menjadi besar, kelenjar – kelenjarnyapun menjadi besar dan pembuluh – pembuluh darahnya melebar.

TRIMESTER KETIGA
Peringkat tiga dipanggil peringkat janin atau fetus, atau juga dipanggil fasa fetal. Ianya bermula apabila kandungan berusia tiga bulan sehingga lahir.

Minggu ke-13 hingga ke-16
Janin kini berukuran lebih kurang 18 cm (7 inci) panjang dan mempunyai berat kira-kira 100 gm. Kepala janin masih besar jika dibandingkan dengna tubuhnya. Jantungnya berdegup cepat dan otot-ototnya kini kian aktif. Biasanya jantina janin sudah dapat dikenalpasti ketika peringkat ini. Pada ketika ini juga (bulan ke-4), uri telah lengkap terbentuk dengan sempurna dan melekat pada dinding rahim. Bagaimanapun, perkebangan uri tidaklah sepesat sebelumnya. Berat uri hampir sama dengan berat janin. Janin dihubungkan ke uri melalui tali pusat. Tali pusat terdiri daripada salur darah yang membawa darah kaya zat makanan daripada ibu kepada janin dan juga darah yang mengandungi hasil sisa daripada janin kepada ibu untuk dikumuhkan.

Minggu ke-17 hingga ke-20
Janin kini mempunyai rupa bentuk manusia. Panjangnya lebih kurang 25 cm iaitu lebih kurang 10 inci, manakala beratnya kira-kira 300 g. Bulu roma halus disebut Lanugo mula tumbuh pada kulitnya. Rambut juga mulai tumbuh di kepalanya. Kuku mulai kelihatan pada jarinya. Pada bulan kelima, janin mula bergerak aktif dalam cecair amnion. Janin pada ketika ini menghisap jari, berpusing, sensitif terhadap cahaya dan juga menggerak-gerakkan kelopak mata. Si ibu pula mula terasa gerakan dalam rahimnya sepertu tendangan lembut janin. Gerakan ini lebih awal dirasai oleh ibu- ibu yang telah hamil. Bagi sesetengah wanita, gerakan ini lebih kerap terasa pada waktu malam.

Rahim beransur-ansur membesar selaras dengan pembesaran tian dalam bulan-bulan berikutnya. Dinding perut si ibu jelas sekali mengembang hingga ke aras pusat menjelangnya bulan ke-5, kemudian melampauinya dalam bulan ke-6. Kini, walaupun tian semakin membesar,urinya semakin mengecil. Ini bukanlah bermakna, kerja-kerja uri untuk memberkal serta menukarkan oksigen, makanan dan bahan-bahan kotor menjadi lemah, malah kerja-kerjanya semakin cekap sehinggalah ke sat-saat kelahiran.

Zat nutrien dan oksigen disampaikan kepada janin melalui tali pusat, bahan buangan juga dikeluarkan dari tubuh janin melalui tali pusat. Pada peringkat ini, perkembangan uri semakin perlahan, manakala janin teru membesar sehingga dibawah aras pusat. Janin kini lebih berat daripada uri. Walaubagaimanapun, kandungan masih berasa ringan.

Minggu ke- 21 hingga ke-26
Janin kini berukuran lebih kurang 32 cm panjang dan mempunyai berat kira- kira 650 g. Kulit janin kelihatan kurang kemerahan dan diliputi bulu roma. Matanya mula membuka dan mengatup. Otak pada lengan dan kaki semakin kuat dan kental. Dalam bulan-bulan tersebut, gerakalih dan keadaan-keadaan diam-aktif tian semakin dirasai oleh si ibu. Rupa parasnya pada ketika ini betul-betul menyerupai manusia, peralatan-peralatan badannya hampir-hampir mencapai kesempurnaan. Tetapi, walau bagaimanapun paru-parunya masih lagi tidak boleh digunakan Jadi, tidaklah mungkin baginya hidup jika dilahirkan pada peringkat ini. Pada penghujung bulan ke-6, keseluruhan badannya diselaputi oleh rerambut-rerambut halus; kepalanya mulai ditumbuhi oleh rambut-rambut dan bulu keningnya juga muncul. Saiz tian kini meningkat kepada 3 cm (13 inci).

Aktiviti janin semakin meningkat dari segi kekerapan dan kekuatannya. Janin semakin membesar. Pada masa ini juga, bahan yangmembantu pengembangan peparu selepas lahir mula dihasilkan. Walaubagaimanapun, Sistem pernafasan belum lagi matang. Sekiranya kelahiran berlaku ketika ini, bayi tidak dapat hidup. Selera makan ibu juga bertambah baik. Dari bulan ke enam sehingga lahir, panjang keseluruhan tubuh janin meningkat dua kali ganda.


Minggu ke-26 hingga ke-38
Kandungan rahim semakin besar dan dinding perut terus menonjol keluar sehingga hampir ke aras dada menjelangnya blan-bulan ke-7, 8 dan 9. Dalam bulan-bulan ini si ibu boleh merasai dengan jelas gerakan-gerakan kandungannya yang agak cergas itu. Badan tian semakin berisi dengan tisu-tisu lemak. Kulit mukanya beransur-ansur menjadi licin dengan tisu-tisu tersebut. Sehingga bulan ke-9, panjang badannya telah mencapai kira-kira 45 cm (18 inci) dan beratnya kira-kira 5lb. Tian mempunyai peluang besar untuk hidup jika dilahirkan dalam bulan-bulan ke-7 dan 8. Ketika ini, walaupun semua organ-organ tubuh badan dan kelengkapan-kelengkapan luarnya telah sempurna, paru-parunya masih lagi tidak boleh digunakan dengan sepenuhnya., tambahan pula tulang-tulang serta tengkorak masih lagi lembut.
Pada masa ini, janin berukuran kira-kira 35 cm panjang dan mempunyai berat lebih kurang 1000 g. Bulan ke-7 atau minggu ke-8 dianggap masa yang penting. Janin yang dilahirkan selepas 28 minggu kemungkinan hidup kerana peparu dan salur darahnya telah berkembangang untuk membenarkan pertukaran gas. Pada peringakat ini, perkembangan peparu terus berlaku dan jumlah bahan yang membantu pengembangan peparu selepas lahir semakin meningkat. Pertumbuhan otak juga masih berlaku dengan cepat.
Badan janin kurus, manakala kulitnya masih kemerahan dan diliputi oleh lapisan pelindung yang dihasilkan oleh kelenjar kecil di kulit dikenali sebagai verniks kaseosa. Janin kini sudah mampu membuka matanya. Degupan jantung janin sudah dapat didengari dengan jelas oleh doktor. Janin aktif bergerak di dalam rahim dan ibunya terus merasai tendangan bayi dalam kandungannya. Ibu ketika peringkat ini cepat terasa lapar. Oleh itu, mereka dinasihatkan supaya makan lebih kerap tetapi tidak terlalu banyak bagi mengelakkan rasa senak perut kerana rahim mereka juga semakin membesar ke atas.

Minggu ke-30 hingga ke-38
Ketika minggu ke-32, janin dianggarkan 42 cm panjang dan 1800 g berat. Kulitnya masih kemerahan, tetapi agak berkedut. Tulang kepalanya lembut.
Peparunya juga sudah berkembang baik dan boleh mula berfungsi. Janin sudah mampu mendengar bunyi yang kuat dan memberi respons dengan menambah pergerakan kaki dan lengan.
Pada minggu ke-36, janin dianggarkan berukuran 46 cm panjang dan 2500 g berat. Berat badannya bertambah agak banyak dalam jangka masa 4 minggu. Ini kerana lebih banyak lemak terendap di bawah kulit dan di sekitar bahu. Kehadiran lemak ini penting dalam membantu mengawal suhu tubuh. Dengan bertambahannya lemak di bawah kulit, rupa janin yang dahulunya seperti orang tua yang berkulit nipis dan kelihatan berkedut berubah menjadi seorang bayi yang berisi. Pada minggu ini juga, berat dan juga lemak. Penurunan testis ke dalam skrotum berlaku pada waktu ini bagi janin lelaki. Perkembangan sistem saraf terus berlaku.
Selepas cukup bulan, janin telah mempunyai kesemua organ yang penting untuk menjalankan kehidupan selepas lahir tanpa bergantung kepada ibu. Rahim telah membesar sehingga mencapai aras bawah tulang sternum di hadapan. Janin sekarang hanya menunggu saat untuk dilahirkan ke dunia. Si ibu menunggu dengan gelisah manakala berakhirnya bulan ke 10 (mengikut peredaran bulan). Bulan ini atau minggu ke-40 merupakan detik-detik kematangan isi kandungannya. Dalam saat-saat ini, hampir 96 peratus isi kandungan itu berkedudukan normal, 3-4 peratus berkedudukan sonsang dan kira-kira 1 peratus berkedudukan mengiring. Saiz tian telah meningkat hampir-hampir dua kali ganda dan berat badannya kira-kira 7 ½ lb. Tian perempuan agak ringan sedikit. Permukaan bdannya licin, tetapi bulu-bulu roma halus masih lagi terdapat disekitar bahunya. Rambut-rambut juga kelihatan di kepala yang kini telah mencapai keseimbangan dengan saiz badannya, iaitu saiznya lebih kurang sesuku daripada saiz badan. Semua peralatan luar tubuh badan seperti telingan luar (termasuk cuping telinga), mata, hidung, mulut dan alat-alat kelaminnyatelah berseda menghadapi suasana di luar rahim. Tian ketika ini seolah-olah sedang menunggu saat yang baik saja untuk keluar ke dunia.


Peringkat Embrio
Terimester kedua bermula dari fasa embrio ( 4 hari hingga 3 bulan). Pada kira-kira hari ke-7 selepas persenyawaan, selaput telur mulai terkoyak dan kini lembaga yang berkeadaan telanjang bulat itu mula merapatkan dirinya ke dinding rahim dan seterusnya tertanam perlahan-lahan sehingga terbenam ke dalam dinding rahim yang berkeadaan lembur dan basah itu. Bermula dari detik inilah lembaga beransur-ansur membesar dan berubah dari peringkat demi peringkat. Menjelang hari ke-12 blastosista telah terbenam sepenuhnya di dalam dinding rahim. Pembenaman blastosista dan perlekatan embrio ke dinding rahim berlaku dari akhir minggu pertama sehingga akhir minggu ketiga. Perkembangan zigot kepada blastosista berlaku tanpa disedari. Pada ketika ini, seseorang wanita tidak mengalami apa-apa tanda bahawa dia telah hamil.
Perkembangan pesat lembaga atau embrio berlaku dari minggu ke-3 hingga minggu ke-8. Embrio manusia yang sebenar muncul kira-kira pada minggu ke-3. Ia bermula sebagai lipatan beberapa lapisan bakal yang berubah perlahan-lahan menjadi embrio yang sempurna. Dalam minggu ke-4, embrio telah menunjukkan bakal kepala dan ekor yang jelas. Kini, ia berkeadaan melengkung seperti tanda koma; tali pusatnya kelihatan terjulur keluar berhampiran dengan ekor, menghubungkannya dengan uri. Kira-kira 3 arau 4 hari kemudian, muncul pula bayangan-bayangan mata dan tunas-tunas anggota. Perkembangan embrio bermula pada bahagian otak dan kepala. Sistem saraf yang mencukupi penting untuk membolehkan sistem-sistem yang lain berfungsi. Perkembangan cepat otak menyebabkan perkembangan kepala telah berkembang sehingga mencapai satu pertiga daripada panjang embrio. Panjang seluruh tubuh adalah kira-kira setengah inci iaitu hampir 10,000 kali berbanding dengan ovum yang telah bersenyawa .
Perkembangan jantung dan anggota juga berlaku pada peringkat ini. Jantung mula berdenyut pada akhir minggu ke-3. Semua organ utama dibentuk semasa minggu ke-4 hingga minggu ke-8. Dalam minggu ke-6, bahagian kepala dan matanya semakin berubah, sementara anggota hadapannya muncul perlahan-lahan. Anggota belakangnya muncul kemudian. Ketika ini, walaupun perubahan-perubahan telah banyak berlaku, lembaga itu masih lagi tidak menunjukkan sifat-sifat seorang manusia. Bayangan seorang manusia hanya kelihatan setelah kira-kira 3 hingga 4 hari kemudian dan beransur-ansur mencapai kesempurnaan dalam minggu ke-7. Kini, panjang lembaga itu telah meningkat lebih kurang 2 cm (3/4 incin) dan rahim manusia agak membesar sedikit, tetapi tanda-tanda mengandung pada si ibu masih lagi tidak jelas.
Bayangan seorang manusia semakin jelas menjelangnya minggu ke-8. Kepalanya agak besar sedikit dibandingkan dengan saiz badannya. Di bahagian kepadala juga kini telah muncul cuping telinga, hidung dan mulut. Anggota-anggota hadapan (tangan) dan belakang (kaki) kini hampir mencapai kesempurnaan setelah mengeluarkan jari-jari kecil yang lengkap (lima jari) serta berkeadaan terbuka. Perkembangan-perkembangan selanjutnya di bahagian kepala dan otak serta kepupusan bahagian ekornya dipercayai mencapai kesempurnaan pada akhir bulan kedua. Sementara itu, peralatan-peralatan utama seperti jantung, usus, buah pinggang dan sebagainya telah juga wujud serta memulakan kerja-kerjanya. Di kala ini, rupa paras dan sifat-sifat lembaga itu tidak lain dan tidak bukan seperti manusia, cuma saiznya sahaja terlalu kecil, iaitu kira-kira 2.5 cm (1 inci). Selepas daripada tarikh ini, perubahan-perubahan yang berlaku kepada lembaga hanyalah bertujuan untuk membesar bahagian-bahagian dan organ-organ yang telah sedia wujud itu sahaja; dengan lain perkataan, perubahan-perubahan besar tidak lagi berlaku selepas ini.
Peringkat tian (bayi yang masih lagi dalam kandungan) bermula pada akhir minggu ke-8. Menjelangnya bulan ke-3, tanda-tanda kehamilan semakin jelas terbayang di bahagian bawah pusat. Tian ketika ini kian membesar, tetapi tubuhnya masih lagi kecil dibandingkan dengan kepalanya. Panjang badannya setelah berakhir bulan ke-4 adalah kira-kira 7 inci dan berat badannya dianggarkan 100 gram (4 oz.). Dalam bulan-bulan tersebut juga kuku didapti keluar dari jari-jarinya. Ia kini telah menunjukkan tanda-tanda gerakalih, lantaran kerjasama antara otot-otot dan sistem-sistem sarafnya semakin baik. Dalam bulan ke-3, alat-alat kelaminnya masih lagi tidak dapat dibezakan sama ada jenis lelaki atau jenis perempuan, tetapi keadaan ini berubah setelah menjelangnya bulan keermpat. Pada akhir minggu ke-8, embrio sudah dilengkapi dengan system
pendengaran, penglihatan, tulang, daging, kulit dan organ-organ asas, tetapi tidak berfungsi lagi. Embrio telah mempunyai organ pembiakan, iaitu testis pada embrio lelaki dan ovari pada embrio perempuan. Embrio ketika ini berukuran kira-kira 30 mm panjang dan mempunyai bentuk manusia.

Peringkat Janin atau Fetus
Peringkat ini bermula dari minggu ke-9 kehamilan sehingga bayi dilahirkan. Bermula dengan embrio yang sekecil buah walnut, janin membesar sehingga 50 kali ganda. Pada peringkat ini, organ yang terbentuk semasa peringkat embrio berkembang terus. Badan, kepala, lengan dan kaki berkembang dengan cepat. Begitu juga organ bagi peredaran darah, pernafasan dan pencernaan semuanya berkembang dengan pesat. Perkembangan saraf dan otot juga turut berlaku. Jantung mengepam darah melalui salur darah. Perkembangan otak berlaku dengan pesat. Janin lambat laun bertukar rupa seperti bayi.

Minggu ke-9 hingga ke-12
Pada awal minggu ke-9, ukuran kepala janin adalah separuh panjang badannya. Selepas itu, pertumbuhan badan janin pesat berlaku sehingga ahkir minggu ke-12, panjangnya meningkat dua kali ganda. Berat janin adalah kira-kira 4 gram. Pada peringkat ini, organ utama tubuh telah terbentuk, jantung berdegup cepat, darah beredar melalui salur darah, perut janin mula aktif dan ginjal mula berfungsi. Perubahan yang berlaku seterusnya ialah pertambahan dari segi saiz dan fungsinya. Uri kian membesar dan ketika ini mempunyai berat 6 kali ganda janin. Apabila organ seks telah terbentuk, maka jantina janin mungkin dapat dikenalpasti melalui ultrasound. Adakalanya lengan, kaki dan jari janin mula membuat pergerakan spontan tetapi tidak begitu dirasai oleh ibunya.

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PRANATAL
Di antara peringkat perkembangan yang teramat penting dalam kehidupan manusia ialah sewaktu dalam kandungan ibu (prenatal). Jangka waktu prenatal
ialah tempoh sebaik sahaja selepas persenyawaan sehingga bayi dilahirkan iaitu berlangsung selama kira-kira 266 hari selepas persenyawaan atau 280 hari dari pertama haid yang terakhir sebelum seseorang hamil. Pada tahap ini, proses pembahagian sel, pembentukan organ-organ dalaman dan fizikal berlaku secara amat aktif. Perkembangan bayi sewaku prenatal terdiri daripada tiga fasa iaitu fasa germa yang berlangsung lebih kurang tiga minggu,fasa embrionik yang berkangsung dalam tempoh dua minggu hingga dua minggu hingga dua bulan selepas persenyawaan, akhir sekali ialah fasa fetal. Sewaktu fasa kedua, bayi dipanggil embrio manakala pada fasa ketiga bayi dipanggil fetus.

0 komentar:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Posting Komentar

 
Rizqi is proudly powered by Blogger.com | Template by ZIQ MEDIA